Langit luas, bertebaran
Cerah kah? Mendung barangkali. Entah
Mata menipu, Hati berdusta
Akal. Kau mahu percaya?
Desis langkah laju
Toleh belakang
Angin sahaja temankan aku
Ya, aku seorang
Sesat? Tidak. Kaulah itu
Hati tak ada rasa, sudah penuh bata
Berat.
Hati tak cantik mana, sama rupa
Tak, tak perlu dijaga
Pijak sahaja.
Jangan risau, dia tahan lama
Langkah walau laju, mata semakin kabur
Kenapa? Waktu. Dia hasad
Ketuk daun kuat bunyinya. Kosong lagi.
Masa mahu cepat-cepat pergi
Nyah kau.
Sepi. Ini hati tak pernah kenal
Tak perlu. Berjalan sekali sepasang bunyi
Sampai yang terakhir
Barulah berpasang-pasang
Tanah sahaja yang setia. Dan angin.
No comments:
Post a Comment